1 KHUTBAH JUM‘AT TAJUK : MENJELANG BULAN IBADAH, APAKAH PERSEDIAAN KITA? TARIKH: 20 JANUARI 2023 / 27 JAMADIL AKHIR 1444 _____________________________________________________________________________________________________ : ِ ٱلۡ حَ مد ُ لِ لَّه الۡقَ ائِل يَ َٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاس ٱعۡبدوا رَبَّكم ٱ لََّّ ِي َ خَلَقَكم ۡ و َ ٱ لََّّ ِين ۡ مِن قَبۡلِكم ۡ لَعَلَّكم َ تَتَّقون ١٢ ( Surah al-Baqarah : ayat 21) ُ ُ الله ُ وَ حۡ دَ ه َّ لَّ ِ إِ لَــٰه َ إ َّ لَّ أَشۡ هَ د ُ أَ ن و ُ ُ شَ رِيك َ لَه َ لَّ و ، وَ أَشۡ هَ د ُ أَ ن َّ مُ حَ مَّ دً ا ُ ُ عَ بۡدُ ه و ُ ُ وَ رَ سُ ولُه و ُ ِ وَ سَ لِ م ۡ عَ لَ ى سَ يِدِ نَ ا مُ حَ مَّ د ٍ وَ عَ لَ ى آلِ ه ِ وَ أَصۡ حَ ابِه ِ . اللَّهُ م َّ صَ ل ے وَ مَ ن تَبِعَهُ م بِ إِ حۡ سَ ان ٍ إِ لَى يَ وۡ م ِ الدِ ينَ . ُ ِ أَمَّ ا بَ عۡ دُ ، فَ يَ ا عِ بَ اد َ الله، اِ تَّ قُ وا الله َ حَ ق َّ تُ قَ اتِه ے لَّ َّ وَ أَن ِ لَّ َ تَمُ وتُ ن َّ إ َ ، و تُ م مُّ سۡ لِ مُ ونَ . SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah Azzawajalla. Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan iaitu bilangan (2) pada tahun 2016 menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al- 2 Imam Abu al-Hasan al- Ash’ari dan al -Imam Abu Mansur al-Maturidi. Manakala hukum hakam feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj ulama sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al- Imam al-Ghazali. Mimbar berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan tumpuan terhadap khutbah ini. Jangan bercakap, berbual- bual atau bermain dengan sebarang bentuk gajet supaya pahala Jumaat kita tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk. " MENJELANG BULAN IBADAH, APAKAH PERSEDIAAN KITA?." MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Dalam masa beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Rajab, iaitu bulan yang ketujuh menurut takwim hijrah. Bulan ini juga disebut sebagai bulan mikraj kerana dalam bulan inilah Allah Azzawajalla mewajibkan solat lima waktu. Peristiwa yang istimewa ini juga sebut sebagai israk dan mikraj kerana pada malam yang sama Rasulullah SAW mengembara dari Masjidilharam ke Baitul Maqdis sebelum diangkat ke langit. Kehadiran bulan Rajab perlu diambil berat kerana dalam tempoh dua bulan selepasnya, bulan Ramadan akan menjelma. Bulan yang digelar sebagai bulan ibadah ini amat dirindukan oleh kaum Muslimin kerana lazimnya mereka lebih tekun beribadah berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Oleh yang demikian, kita hendaklah membuat persediaan yang mantap sebelum menghadapi bulan Ramadan yang mulia. Kitab Lataif al- Ma’ arif ( لطائف المعارف ) menukilkan kata-kata seorang ulama sufi, iaitu Abu Bakar al- Warraq yang bermaksud: “ Rejab ialah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban ialah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramad an pula bulan untuk memungut hasil.” 3 Apakah persediaan yang boleh kita lakukan bagi menghadapi bulan Ramadan? Disebabkan ibadah yang paling utama pada bulan Ramadan ialah berpuasa, maka eloklah kita melakukan puasa sunat dalam bulan Rajab nanti. Kita boleh memilih untuk berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis atau pada 13, 14 dan 15 Rajab. Selain itu, kita juga boleh mula membiasakan diri dengan qiamullail, solat sunat bersedekah. Kalau kita boleh bayangkan kita ingin membina sebuah jambatan, maka pada bulan Rajab kita mengumpulkan segala peralatan yang diperlukan dan pada bulan Syaaban kita mula membina dan menyiapkannya. Akhir sekali, pada bulan Ramadan, jambatan yang dibina tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya dan dapat direntas bersama-sama. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Bulan Rajab adalah salah bulan haram yang disebutkan oleh Allah Azzawajalla. Firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 36: َّ إِن َ عِدَّ ة ِ ٱلشُّ هور َ عِند ِ َّ للّ ٱ ٱثۡنَا ِ كِتَ َٰب ِ فِ َ شَ هۡرٗ ا َ شَ َ ع ِ َّ للّ ٱ َ يَوۡم َ خَ لَق ِ ٱلسَّ مَ َٰوَ َٰت َ و َ لۡ ۡ َ رۡض ٱ َ مِنۡهَا ٓ أَرۡبَعَة ٌ حرم ٞۚ ذََٰلِك ٱلدِين ۚٞ ٱلۡقَيدِم َ فَل ِِيهِن َّ أَف ُسَ كم ۡ ٞۚ و َ ََٰ َٰتِلوا ل ِ ُوا ۡۡ َ ت َ شَۡ ِكِي ُ ۡ ٱل َ ك َ آفَّة ٗ ك َ َُا يقَ َٰتِلوفَكم ۡ ك َ آفَّة ٗ ٞۚ و ٱعۡل َ ُوٓا َّ أَن َ َّ للّ ٱ َ مَع َ ٱل ۡ ُتَّقِي ٦٣ Maksudnya: “ Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya termasuklah empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan tidak melanggar larangan Allah ).” 4 Menurut Ibnu Abbas radiallahuanhuma, Allah Azzawajalla memuliakan bulan-bulan yang haram iaitu Muharram, Rajab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Haram bermaksud mempunyai kehormatan yang khusus berbanding bulan-bulan yang lain. Qatadah r.a. pula menegaskan bahawa maksiat yang dilakukan pada bulan-bulan yang haram adalah lebih besar dosanya berbanding dengan maksiat yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Istimewanya, kebaikan yang dilakukan pada bulan Muharram, Rajab, Zulkaedah dan Zulhijjah juga mendapat ganjaran yang lebih berbanding dengan ibadah yang dilakukan luar bulan-bulan yang haram. Dalam hadis yang lain, Sayidina Usamah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa yang dilakukan oleh baginda pada bulan Syaaban. Nabi SAW menjawab: ُ َ ذَ لِ ك َ شَ هْ رٌ يَغْ فُ ل ُ النَّ اس ُ عَ نْه ُ بَيْن َ رَجَ ب ٍ وَ رَ مَ ضَ ان Maksudnya: “ ...Kerana bulan Syaaban ialah bulan yang sering dilupakan oleh manusia berbanding bulan Rajab dan Ramadan. ” (Riwayat an- Nasa’i) Berdasarkan jawapan Rasulullah SAW dalam hadis ini, Imam al- Shaukani berpendapat bahawa kita disunatkan (mustahab) berpuasa pada bulan Syaaban kerana umat Islam biasanya mengagungkan bulan Rajab dan Ramadan. MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA, Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita beruntung kerana ibadah yang kita lakukan memperoleh pahala yang besar daripada Allah Azzawajalla berbanding dengan umat yang lain. 5 Oleh itu, rebutlah peluang berada dalam bulan-bulan yang haram ini sebagai bekalan menuju negeri yang abadi. Mimbar juga menyeru agar kita bersama-sama melakukan persiapan yang rapi sebelum menempuh bulan Ramadan yang akan bermula pada 23 Mac 2023, insya-Allah. Amalkanlah doa yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas bin Malik r.a.: ُ َّ اللهُ م ُ َ بَارِك ْ لَنَ ا فِ ي رَجَ ب ٍ وَ شَ عْ بَان ُ َ و ُ َ ب ُ ِ ل ُ ْ غ ُ َ ن ا ُ َ رَمَ ضَ ان Maksudnya: “Ya Allah, Engkau kurniakanlah keberkatan untuk kami pada bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah usia dan tenaga kami agar dapat bertemu bulan Ramadan .” (Riwayat Imam Ahmad) ِ الۡۡ يَ ات َ بَارَك َ الله ُ لِ ي وَ لَ كُ م ۡ فِ ي الۡ قُ رۡ ءَ ان ِ الۡ عَ ظِ يمِ ، وَ نَ فَ عَنِ ي وَ إِ يَّاكُ م ۡ بِمَ ا فِ يه ِ مِ ن ُ وَ الذِ كۡ ر ِ الۡ حَ كِ يمِ ، وَ تَ قَ بَّل َ مِ نِ ي وَ مِ نكُ م ۡ ت ِ لََ وَ تَه ُ إِ نَّه ُ هُ و َ السَّ مِ يع ُ الۡعَلِ يمُ ، أَ قُ ول ُ َ قَ وۡ لِي هَ ذَ ا وَ أَ سۡ تَغۡ فِ ر ُ الله َ الۡ ع ظِ يم َ لِي وَ لَ كُ مۡ ، وَ لِ سَ اۤئِر ِ ا لۡۡ ُسۡ لِ مِ ين َ وَ ا لۡۡ ُسۡ لِ مَ اتِ ، وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نِين َ وَ ا لۡۡ ُؤۡ مِ نَ اتِ ، فَ اسۡ تَغۡ فِ رُوه ُ فَ يَ ا فَ وۡ ز َ ا لۡۡ ُسۡ تَغۡ فِ رِين َ وَ يَ ا نَ جَ اة َ التَّ اۤئِبِينَ .