MEDITASI HARIAN Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita. (Yohanes 1:14) Apabila Yohanes berbicara tentang Yesus sebagai "Firman," dia tidak merujuk kepada hampir tiga puluh ribu perkataan yang biasa orang dengar setiap hari. Kebanyakan perkataan ini masuk ke dalam satu telinga dan keluar di telinga yang lain. Tetapi ada yang tetap bersama kita dan membentuk cara kita berfikir dan pilihan yang kita buat. Ini adalah kata-kata yang penting. Pada Hari Krismas ini, Santo Yohanes memberitahu kita tentang satu Firman yang lebih penting daripada perkataan lain yang pernah kita dengar. Ia adalah Yesus, Firman Allah yang hidup, yang memberikan kehidupan kepada segala sesuatu di alam semesta (Yohanes 1:3). Dia adalah Firman ilahi yang memberikan "kasih dan kebenaran" Tuhan kepada kita (1:14). Dia adalah Firman kudus yang “bercahaya dalam kegelapan” untuk membebaskan kita daripada dosa dan kematian (1:5). Dia adalah Firman kekal yang “menjadi manusia” dan yang telah “diam di antara kita” (1:14). Hari ini boleh menjadi hari yang bising. Kita akan membuat bunyi yang menggembirakan semasa kita menyanyikan "Kemuliaan bagi Tuhan Yang Mahatinggi" dan "Kesukaan pada dunia" semasa Misa. Ramai daripada kita akan menjadi sebahagian daripada huru-hara terkawal yang terlibat dalam membuka bungkusan hadiah dan berkumpul untuk perayaan keluarga. Siapa tahu? Kita mungkin mendengar sebanyak empat puluh atau lima puluh ribu perkataan hari ini! Sudah tentu, ini betul dan baik. Tetapi pusat dari semuanya itu adalah Yesus, Firman Allah yang datang untuk berbicara tentang kehidupan, penyembuhan, kegembiraan, dan kedamaian ke dalam dunia kita. Walaupun bising hari ini, pastikan anda meluangkan masa untuk duduk dengan tenang dan mendengar suara Yesus. Sambutlah Dia ke dalam hati anda. Biarkanlah Dia berkongsi berita baik tentang keselamatan dengan anda. Biarkanlah Dia memberitahu anda sekali lagi bahawa Dia mencintai anda. “Yesus, Firman Bapa, datanglah dan berbicaralah tentang kasih dan damai ke dalam hati saya.” Hari Raya Natal Pekan I - Tahun A 25 hb Disember 2022 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: YESAYA 52:7-10 Mazmur Sahutan : SEGALA UJUNG BUMI TELAH MELIHAT KESELAMATAN YANG DATANG DARI ALLAH KITA. Pembacaan 2: IBRANI 1:1-6 Injil: YOHANES 1:1-18 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Hari Raya Maria Bunda Allah Pekan II - Tahun A Pembacaan 1: BILANGAN 6:22-27 Mazmur Tang.: MAZMUR 66:2-3.5-6.8 Pembacaan 2: GALATIANS 4:4-7 Injil: LUKAS 2:16-21 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI Misa Harian 6.00 AM (SHC) (Isnin-Sabtu) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 PM (ING) (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Novena Devosi 5.00 PM Misa 6.00 PM (ING) AHAD Misa 7:00 AM (CINA) 9.00 AM (ING) 11.00 AM (BM) Makluman dan acara lanjut boleh dilihat di E-Bulletin kita di www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk USKUP AGUNG EMERITUS JOHN LEE ULANG TAHUN PENTAHBISAN IMAMAT Bapa Uskup Agung Emeritus John Lee akan merayakan Ulang tahun Pentahbisan Imamatnya yang ke 58 tahun pada hari Selasa, 27 hb Disember 2022 Marilah berdoa agar Allah akan terus memberkati pelayanan kepaderiannya. TIADA SAAT TEDUH Harap dimaklumkan bahawa TIDAK ada Saat Teduh semasa Adven dan Krismas. Saat Teduh akan disambung semula pada 5 hb Januari 2023 RUMAH TERBUKA KRISMAS USKUP AGUNG Uskup Agung kita akan mengadakan rumah terbuka di Dewan Paroki Hati Kudus hari ini, 25 hb Disember 2022 (Ahad) dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Marilah kita meraikan Krismas bersama Uskup Agung kita dan para pelawat lain. SIJIL PEMBAPTISAN, KOMUNI PERTAMA & PENGUATAN UNTUK DIAMBIL Umat sekali lagi diingatkan untuk menyemak sama ada mereka mempunyai sijil Pembaptisan, Komuni Pertama dan Penguatan. Anda boleh datang ke Pejabat Paroki SHC untuk mengambil sijil anda secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa sijil yang telah lama dikeluarkan dan masih belum dikutip sehingga 1 hb Januari 2023 akan dilupuskan dengan sewajarnya. Selepas itu, anda perlu memohon sijil baru dan akan dikenakan bayaran RM 10.00 (sepuluh sahaja) setiap sijil. Kerjasama segera anda amat kami hargai. PENDAFTARAN KATEKUMEN BM Hari: Setiap Ahad (Bulan Jan 2023) Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat: Tingkat 1, Pusat Paroki SHC Pendaftaran ini khas bagi mereka yang belum dibaptis dan dari denominasi Kristian lain. Dewasa Katolik yang telah dibaptis dan belum menerima Sakramen Penguatan juga mendaftar di tempat yang sama. Pertanyaan: Richard 019 830 4433 (whatsapp) PENDAFTARAN PERTEMUAN MINGGU GEMBIRA (PMG) Hari: Setiap Ahad (bulan Januari - Feb 2023) Masa: 9.00 pagi - 10.30 pagi Tempat: Depan pintu masuk Pusat Paroki SHC Pendaftaran ini khas bagi kanak-kanak yang sudah di baptis berumur 7 tahun - 14 tahun untuk mengikuti kelas bimbingan agama setiap minggu. Ibubapa disaran untuk mengambil peluang ini bagi mendidik anak mereka. PEMBAPTISAN KANAK-KANAK DI KATEDRAL HATI KUDUS (BAHASA INGGERIS) Tarikh: 15 hb Januari 2023 (Ahad) Masa: 3.00 petang Tempat: Katedral Hati Kudus Pendaftaran akan dibuka pada 12 hb Disember - 11 hb Januari 2023 pada waktu pejabat. Ibu bapa dan ibubapa untuk menghadiri taklimat pada hari Khamis, 12 hb Januari 2023 jam 8.00 malam di Bilik F7. Kehadiran ibu bapa & penanggung adalah WAJIB Borang Permohonan Pembaptisan (Kanak-kanak): https://bit.ly/31R9mbg BAZAR SHC/CMI 2022 Komiti Penganjur Bazar SHC/CMI 2022 bagi Dana Bangunan CMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Kumpulan dan Pelayanan SHC dan CMI di atas sokongan, kerjasama dan usaha mereka untuk menjual kupon dan turut serta sebagai penjual di bazar tersebut. Komiti ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan penaja atas sumbangan mereka dalam bentuk wang tunai dan barangan. Apa yang paling penting, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua umat paroki SHC dan CMI atas kasih sayang, keprihatinan dan kemurahan hati dan hadir untuk menyokong bazar pada 27 November 2022. Dengan gabungan sokongan dan usaha semua, objektif bazar ini telah tercapai. Terima kasih Akhir kata, pihak komiti penganjur ingin memohon maaf di atas segala kekurangan semasa bazar tersebut SAKRAMEN PERKAHWINAN DI SHC Urusan untuk Perkahwinan Gereja hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4 BULAN sebelum cadangan tarikh perkahwinan dengan paderi di paroki ini. Untuk pertanyaan, sila e-mel di shparishoffice@gmail.com Sila layari www.shckk.org untuk maklumat lebih lanjut. URUSAN MISA UNTUK PENGEBUMIAN DI SHC Untuk membuat urusan pengebumian bersama paderi, sila datang ke Pejabat Paroki SHC pada waktu pejabat. Dokumen-dokumen: ● Salinan Kad Pengenalan atau passport. ● Salinan sijil kematian atau laporan polis. ● Salinan Sijil Baptis. ● Salinan Sijil Perkahwinan Gereja. Sila rujuk laman web kami di www.shckk.org untuk prosedur. NOTIS TENDER UNTUK KANTIN SEKOLAH MENENGAH ST. FRANCIS CONVENT Lembaga Pengelola Sekolah menyeru pengusaha kantin yang berminat untuk menyertai tender. Dokumen tender boleh didapati mulai 12 Disember 2022 dan seterusnya dari Pejabat Sekolah di No. 2A, Sekolah Antarabangsa Jalan Kinabalu, Bukit Padang pada waktu pejabat. Tarikh tutup: 6 Januari 2023. SUMBANGAN PAROKI (17 HB & 18 HB DISEMBER 2022) SHC ( Hitam ) RM 18,519.90 ( Merah ) RM 13,971.65 CMI ( Hitam ) RM 8,431.35 ( Merah ) RM 7,792.75