1 AWAS WARISAN IBLIS 2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 Khutbah : Awas Warisan Iblis َ ا َ يْح ، َي ِ لْح محد ُ َلله ِ َرب ِّ َالحعالم َ َ َوهُو ح يْ ِ َويشح كُ ر ُ َالطَّ ائِع ح يْ ِ َويغحفِر ُ َذُنُوب َالحمُذحنِب ح يْ ِ قحبل ُ َالتَّائِب َ يْح . ِ ذُو َالحقُوَّة ِ َالحمت شَح ء ٍ َقدِيحر، َ ِّ ُ كُ َ عَل َ ِ َويُمِيحت ُ َوهُو ح حْ ُ لَُ، َي َ شَِيحك َ لَ َ ُ لَ َّ َالله ُ َوحح ده ِ لَ َإ ِ لَ َإ َ ح أشح هد ُ َأن َ ُ وأشح هد َ ُ ُ لَ ح مُُ مَّدً ا َعبحدُ ه ُ َورسُ و َ أن َّ َسيِِّدنا َ َ يْح ُ. ِ سِِّّ اج ُ َالحمُن ُ َالنَّذِيحر ُ َوال ح يْ ِ الحبش َ ح اللهم َصل ِ ِّ َوسلِِّم َ لَ َيوحم ِ َالدِّيحن ِ لَ ِ ِ َوصحح بِه ِ َومن ح َتبِعه ُ َإ عَل َآ مُُ مَّد ٍ َو َ عَل َسيِِّدِنا َ ح وبارِك َ أمَّا َبعحدُ ، َفيا َ عِباد َاللهِ! َ اِتَّقُوحا َالله َ َّ حق َّ َتُقاتِه ِ َو لَتموُتُن َ لَ َّ َوأتحتُم ح َسُلح لِمُوحن ِ َإ Saudara - saudaraku sidang Jumaat sekalian, Marilah sama - sama kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengamalkan segala apa yang diperintahkan dan menjauhi segala laranganNya. Mudah - mudahan kehidupan kita dirahmati dan diredhai Ilahi. Tajuk Khutbah kita pada minggu ini ialah: “ Awas Warisan Iblis ”. Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian, Hati adalah segumpal darah yang menjadi medan tempur antara kebaikan dan kejahatan dalam tubuh manusia. Hati juga merupakan rasa ruhaniah yang halus. Salah satu penyakit yang ada dalam diri manusia adalah sombong. Sifat sombong boleh diertikan sebagai sifat atau tingkah laku yang cenderung memuji dan memandang diri sendiri lebih baik dari orang lain. 18 OGOS 2023/01 Safar 1 445 3 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sifat sombong sebenarnya adalah warisan Iblis yang semestinya kita berwaspada agar tidak tersalah atau terambil mahupun memiliki warisan Iblis ini. Allah SWT telah menceritakan perihal sombong ini di dalam Al - quran melalui surah Al - baqarah, ayat 34 : ڃ ڃ ڃ چ چ ُّ ٱ يي ئج ئح ئخئم ئه بج بح بخ بم به تج تحتخ َّ البقرة: ٤٣ Maksudnya: “ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang - orang yang kafir. Penyakit sombong sangat dibenci oleh Allah SWT dan memberi kesan yang sangat buruk dalam diri individu, mahupun masyarakat. Sombong juga dikenali sebagai takbur. Ia sering diguna dan disebut berhubung dengan sikap manusia. Ia juga merupakan penyakit yang sukar diubati kerana kesannya tidak kita rasai secara fizikal dalam tubuh badan kita. Keadaan ini bertambah lagi jika kita tidak atau jarang sekali bermuhasabah diri. Ia merupakan akhlak yang terkutuk dan warisan perangai daripada iblis. Justeru sesiapa yang memiliki sifat sombong atau takbur ini, tempatnya adalah di dalam neraka. Rasulullah SAW dan para sahabat sangat tawaduk dan sentiasa merendah diri sesama manusia. Ini jelas terbukti dalam sejarah penciptaan Nabi Adam AS sebagai khalifah di muka bumi ini. Iblis merasa dirinya hebat daripada orang lain. Sebaliknya para malaikat tetap sedar dengan diri mereka. Tiada rasa sombong dan takbur. Lantaran itulah para malaikat mampu bersujud pada Allah dan taat dengan perintahNya. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 18 OGOS 2023/01 Safar 1 445 4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian, Orang yang sombong sering berkecenderungan untuk merendah dan menyalahkan orang lain. Malah akan merasakan dirinya yang benar dan orang lain salah. Penyakit hati ini tumbuh dalam diri kita tanpa kita sedari. Sifat sombong ini boleh di bahagikan kepada dua. Pertama sombong terhadap kebenaran dan hak. Sekiranya seseorang itu dinasihati ditunjuki jalan yang benar ia tidak dihiraukan. Kedua sombong terhadap makhluk iaitu bersikap meremeh - remeh dan merendah - rendahkannya. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu merasa bangga dan menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain. Perasaan sombong ini hanya boleh disembuhkan melalui kesedaran diri penderitanya atau individu itu sendiri kerana ia bergantung rapat dengan hati diri seseorang. Umpamanya kadang - kadang dalam ibadat pun kita merasakan kitalah yang terbaik dan suci. Untuk mengusir dan menghilangkan sifat sombong dalam diri kita tidak semudah seperti yang kita sangkakan. Firaun menjadi sombong kerana kekuatan tenteranya yang hebat dan dikelingi oleh tukang - tukang sihirnya sebagai penasihat beliau. Begitulah juga perihal dengan Qarun yang sombong kerana kekayaannya dan dia boleh memiliki apa sahaja yang ada. Akhirnya kedua - dua mereka Allah SWT musnahkan dengan penuh kehinaan. Begitulah juga apa yang berlaku pada Iblis. Ia telah diusir dari syurga kerana kesombongannya tidak mahu bersujud pada Adam AS. Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian , Sifat dengki dan dendam adalah warisan iblis yang kedua. Dengki bermaksud perasaan irihati terhadap seseorang yang mendapat kebaikan atau kelebihan dalam masa yang sama ia berharap agar kebaikan itu hilang atau musnah daripada orang itu. Sifat dengki bukan sahaja boleh membinasakan diri seseorang tetapi menghilangkan himpunan amalan baik seseorang. Orang yang mempunyai hasad dengki hatinya sentiasa dalam keadaan keluh kesah dan tidak tenteram. Malah bukan sahaja dirinya tidak tenang, ia juga terpalit dengan sifat - sifat buruk yang lain seperti fitnah adu - domba dan sebagainya. Kehidupannya juga akan diakhiri dengan bala atau balasan Allah terhadap perbuatan dengki dan dendam. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 18 OGOS 2023/01 Safar 1 445 5 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sabda Nabi Muhammad SAW: َ طَب َ سَنَات ِ كَمَا تَأْ كُل ُ النَّار ُ الْح َ سَد َ يَأْ كُل ُ الْح َ سَد َ فَإِ ن َّ الْح َ إِ يَّ اكُم ْ وَالْح Maksudnya: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu. (Sunan Abi Dawud) Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati sekalian, Seandainya seseorang yang menganggap dirinya lebih tinggi daripada orang lain ia juga adalah pewaris Iblis. Hakikatnya sifat ini amat dikutuk oleh Allah SWT. Firman Allah dalam al - Quran surah assh - Shadd ayat 75 - 76 ڃ ڃ ڃ چ چ ٱُّ ٱ خجخم سج سح سخ سم صح صخصم ضج ضح ضخ ضمطح ظم عج عم غج غم فج فح فخ فم قح قم كج كح َّ ص: ٥٧ - ٥٧ Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku - ciptakan dengan kedua tangan - Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang - orang yang (lebih) tinggi?". Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah". Dalam ayat ini, Allah SWT menceritakan kepada kita sifat ujub Iblis. Sifat ujub membawa maksud rasa kagum terhadap diri sendiri, angkuh dan bongkak. Ia juga merupakan penyakit yang sukar diubati dan penyebab kepada seseorang itu memandang diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran. Apabila sifat sombong bersemadi dalam diri kita, ia akan membenihkan sifat - sifat buruk dan tercela yang lain. Bermulanya dengan sombong lahirlah sifat hasad dengki sesama kita denga harapan kelebihan dan kenikmatan yang ada pada orang lain terhapus. Ketika itulah Iblis menghasut seseorang itu sehingga melakukan perkara syirik termasuk penggunaan sihir dan sebagainya. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 18 OGOS 2023/01 Safar 1 445 6 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Sebaliknya memandang orang lain dengan pandangan penghinaan. Sikap tamak dan cintakan dunia sehingga melupakan akhirat. Ia juga umpama musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan dalam diri orang beriman. Iblis akan memainkan peranannya yang jahat sehinggakan menghalalkan segala cara asalkan dapat keduniaan kita. Inilah yang terjadi dalam kehidupan kita hari ini, tidak mustahil hak orang lain menjadi hak kita. Harta orang kita akan rampas jadi hak kita dan sebagainya. Pada ketika itu manusia akan menjadi iblis atau syaitan. Sekali pun ia berwajah manusia tetapi hakikatnya ia adalah jelmaan syaitan. Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian, Iblis adalah musuh manusia kerana sifatnya yang tercela dan selalu menjerumuskan manusia ke dalam perbuatan yang di laknat oleh Allah SWT. Sikap sombong, bangga diri dan keras kepala merupakan warisan Iblis. Apa yang ditakuti lagi ialah apabila sifat putus asa daripada rahmat Allah SWT. Ia membuka ruang kepada iblis memperdaya seseorang untuk tidak kembali kepada Allah setelah melakukan kemaksiatan dan kejahatan pada Allah SWT. Justeru marilah kita berusaha mengelakkan diri kita dari mewarisi segala perangai iblis. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kehidupan dunia akan berakhir. Ianya hanya sementara. Kehidupan kita yang hakiki ialah di akhirat kelak nanti. ڃ ڃ ڃ چ چ ٱُّ ٱ ّٰ ِّ ُّ َّ ٍّ ٌّ ئر ئز ئم ئن ئى ئي بر بز بم َّ فاطر: ٧ Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 18 OGOS 2023/01 Safar 1 445 7 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah َ ِ ح َوإِيَّاكم ُ َبِما َفِيه ِ َمِن َا لْح يات ِ نِ ح َولكم ُ َفى ِ َالقُرآن ِ َالعظِ يمِ ، َوتفع ِ لِ َ ُ بارك َالله َ لْكِيحمِ ، َوتقبَّل والذِّكحر ِ َا َ ح ِ لِ ِ لَوته ُ َإِنَّه ُ َهُو َاللَّ مِيع ُ َالعليِمُ. َأقُول ُ َقو ح َومِنحكُم ح َت ِّ نِ ِ م َ يْ ِ يْ َوالمُلح لِمات ِ َوالمُؤمِن ِ ح َولكُم ح َولِلائِر ِ َالمُلح لِم ِ لِ َ هذا َوأسح تغحفِر ُ َالله َالعظِ يم يْ. ِ نَاة َالتَّائِب َ والمُؤمِناتِ ، َفاسح تغحفِرُوحهُ، َفيا َفوحز َالمُلح تغحفِرِين َويا Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023 18 OGOS 2023/01 Safar 1 445