Doa Musim Penciptaan Allah Pencipta segalanya, melalui persekutuan kasih-Mu, terbitlah Firman-Mu untuk menciptakan simfoni kehidupan yang menyanyikan pujian bagi-Mu. Melalui Kebijaksanaan Kudus-Mu, Engkau menciptakan bumi untuk membawa pelbagai jenis hidupan memuji-Mu dalam keberadaan mereka. Hari demi hari mereka menlafazkan ucapan syukur; di malam hari mereka menampakkan ilmu pengetahuan. Engkau memanggil manusia untuk mengusahakan dan menjaga taman-Mu. Engkau menempatkan kami bersama dengan setiap makhluk ciptaan-Mu dalam hubungan yang akrab agar kami dapat mendengarkan suara mereka, dan belajar untuk menjaga keakraban ini seumur hidup. Tetapi kami berpaling kepada diri sendiri dan menjauh dari sesama makhluk yang lain. Kami menutup telinga terhadap nasihat sesama makhluk ciptaan. Kami gagal mendengar tangisan orang miskin dan keperluan mereka yang dipinggirkan. Kami menyekat suara mereka yang berpegang kepada tradisi dan mengajar kami untuk menjaga bumi ini. Kami menutup telinga daripada seruan Sabda kreatif-Mu yang menghidupkan dan mendamaikan. Kami meratapi kepupusan spesis dan habitat yang tidak akan pernah bersuara lagi. Kami berduka atas hilangnya budaya manusia, bersama dengan kehidupan dan mata pencarian yang telah dipindahkan atau dimusnahkan. Alam Ciptaan-Mu menjerit saat hutan berderak, dan haiwan-haiwan melarikan diri dari api ketidakadilan yang telah kami nyalakan oleh kerana keengganan kami untuk mendengarkan. Dalam Musim Penciptaan ini, kami berdoa agar Engkau memanggil kami, seperti dari semak yang menyala, dengan api Roh-Mu yang menopang. Hembuskanlah Roh-Mu kepada kami. Bukalah telinga kami dan gerakkanlah hati kami. Pulihkanlah pandangan kami yang terbatas. Ajarilah kami untuk menghayati karya penciptaan-Mu, dan mendengarkan suara setiap makhluk yang menyatakankan kemuliaan-Mu kerana “iman itu lahir dari pendengaran.” Berikan kami hati yang mendengar khabar baik akan janji-Mu untuk membaharui muka bumi ini. Terangilah kami dengan rahmat untuk mahu mengikuti Jalan Kristus saat kami belajar untuk berjalan langkah demi langkah diatas tanah kudus ini. Penuhilah kami dengan harapan untuk memadamkan api ketidakadilan dengan cahaya kasih-Mu yang menyembuhkan demi memelihara rumah kami bersama. Di dalam nama Yesus Kristus yang datang untuk mewartakan Kabar Baik kepada semua ciptaan. Amin. Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Dua Pekan II - Tahun A 3 hb September 2023 ___ LITURGI SABDA Pembacaan 1: YEREMIA 20: 7-9 Mazmur Sahutan : JIWA KU HAUS AKAN DIKAU, YA TUHAN, ALLAHKU. Pembacaan 2: ROMA 12: 1-2 Injil: MATIUS 16: 21-27 ___ Pembacaan Minggu Hadapan Minggu Biasa Ke-Dua Puluh Tiga Pekan III - Tahun A Pembacaan 1: YEHEZKIEL 33: 7-9 Mazmur: MAZ 94: 1-2, 6-9 Pembacaan 2: ROMA 13: 8-10 Injil: MATIUS 18: 15-20 ___ JADUAL MISA HARIAN & ADORASI DI SHC Misa Harian 6.00 pagi (Isnin-Sabtu) Pengakuan Individu 10.00 - 11.00 pagi (Isnin-Jumaat) Saat Teduh 8.00 malam (Khamis) Devosi Kerahiman Ilahi 3.00 petang (Jumaat) ___ JADUAL MISA HUJUNG MINGGU & ADORASI SABTU Pengakuan Individu 4.30 - 5.30 petang Novena Devosi 5.00 petang Misa 6.00 petang (ING) AHAD Misa 7:00 pagi (CINA) 9.00 pagi (ING) 11.00 pagi (BM) Katedral Hati Kudus MEDITASI HARIAN Allah menjauhkan hal itu! (Matius 16:22) Bukankah perkara seperti ini sering berlaku? Satu minit, anda dipenuhi dengan fikiran yang baik dan suci. Kemudian pada minit berikutnya, seseorang berkata sesuatu yang mengganggu anda, dan anda membalas dengan kemarahan, cemburu, dendam, atau emosi negatif yang lain. Kita semua tahu ia seperti apa! Jadi, tidaklah mengherankan untuk melihat Petrus "menegur" Yesus, orang yang baru sahaja menyatakan “Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup!” (Matius 16:16, 22). Apabila dia mendengar Yesus menyatakan akan kedatangan kematian-Nya, Petrus menjadi kecewa. Dalam sekejap, dia kehilangan kedamaian dan kejelasannya. Daripada merendah diri bertanya kepada Yesus apa maksudnya, dia cuba memberitahu Yesus apa yang patut dan tidak patut Dia lakukan. Dan perbuatan sedemikian membuat Petrus mendapat teguran yang keras: “Enyahlah Iblis!” (16:23). Jadi bagaimana kita boleh sampai ke tahap yang kita boleh mempertahankan kedamaian dan kepercayaan kita kepada Tuhan tidak kira apa yang berlaku? Jawapannya terletak pada bacaan kedua hari ini: “Berubahlah oleh pembaharuan budimu” (Roma 12:2). Kita boleh berubah. Kita boleh belajar bagaimana untuk mengetepikan fikiran dan idea yang salah dan mengambil jalan Yesus sebaliknya. Atau sebagai mana Yesus memberitahu Petrus, kita boleh belajar untuk berfikir “yang difikirkan Allah” (Matius 16:23). Bagi Petrus, ini bermakna menerima jalan Yesus, Mesias, adalah jalan kasih pemberian diri sendiri, bukan untuk pertahanan diri sendiri. Bagi kita, ia mungkin bermakna memohon rahmat untuk menerima panggilan Yesus untuk mengampuni “tujuh puluh tujuh kali” (Matius 18:22), atau memberi pipi sebelah lagi (5:39), atau memilih bukan untuk dilayani "tetapi untuk melayani" (20:28), atau mana-mana ajaran Yesus yang kita anggap susah. Kisah hari ini mengenai Petrus menunjukkan kepada kita bahawa perubahan jenis ini bukanlah satu peristiwa sekali sahaja. Ia berlaku dari semasa ke semasa, selalunya dengan berhenti dan bermula. Tetapi ia berlaku, hari demi hari, keputusan selepas keputusan. Kita boleh berubah! “Yesus, ajarlah aku cara berfikir dan bertindak seperti yang Engkau lakukan!” www.shckk.org atau www.facebook.com/shckk MISA HARI MALAYSIA 2023 (B. MALAYSIA) Tarikh: 16 hb September 2023 ( Sabtu ) Masa: 8.00 AM di Katedral Hati Kudus Semua digalakkan untuk menyertainya. PERHIMPUNAN PASTORAL PAROKI 2023 Perhimpunan Pastoral Paroki (PPP) akan diadakan pada 28 hb September 2023 di Pusat Paroki Katedral Hati Kudus. Memperkukuhkan iman kita bersama di bawah tema: "Gereja Katolik di Malaysia berkumpul bersama sebagai paderi, religius dan umat awam untuk MERAYAKAN, MENDENGAR DAN BERJALAN “di dalam terang Tuhan” (Yesaya 2:2-5). penyertaan wakil Pelayanan, Komuniti, dan kumpulan adalah wajib sebagai persediaan untuk Perhimpunan Diosis Agung 2024 dan Konvensi Pastoral Malaysia 2026. KATEKESIS UNTUK DEWASA & BELIA (INGGERIS) “Marilah kepada-ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu...” (Mt 11:28) Bermula pada hari Isnin, 4 hb September 2023 (Setiap hari Isnin dan Rabu) Masa: 8.00 PM di Bilik F7 SHPC Anjuran: Neo Catechumenate Community Semua umat adalah dijemput. SEMINAR HIDUP DALAM ROH (ANJURAN LJCCC - BI) TARIKH MASA BILIK 7 Sep 2023 (Khamis) 8.00 PM – 9.30 PM Bilik F2 8 Sep 2023 (Jumaat) 8.00 PM – 9.30 PM Bilik F2 9 Sep 2023 (Sabtu) 8.30 AM – 3.00 PM Bilik F2 10 Sep 2023 (Ahad) 2.30 PM – 4.30 PM Bilik F2 Untuk pendaftaran sila hubungi atau msg Lucia, 012-802 7255 atau daftar semasa seminar. Semua di alu-alukan. PEMBAPTISAN BAYI DI KATEDRAL HATI KUDUS (BM) TARIKH MASA PROGRAM TEMPAT 14 Sep 2023 (Khamis) 7.30 PM Taklimat Bilik F7 17 Sep 2023 (Ahad) 4.00 PM Pembaptisan Bayi SHC (Terhad kepada 50 orang) Pendaftaran: 4 hb - 13 hb September 2023 ( Pendaftaran ditutup jam 3.00 PM pada 13 hb September 2023 ) pada waktu pejabat. Kehadiran ibubapa & penanggung semasa Taklimat adalah WAJIB ( Pendaftaran akan di batalkan sekiranya salah satu ibu-bapa atau penanggung gagal untuk menghadiri taklimat ini ) KEMPEN DREMA DARAH Tarikh: 23 hb September 2023 (Sabtu) Masa: 8.00 AM – 1.00 PM di CMI, Bukit Padang Semua umat di alu-alukan. SEMINAR PEMBAHARUAN DAN PENYEMBUHAN 2023 (DWIBAHASA: ENG & BM) Tarikh: 13 hb – 15 hb Oktober 2023 (Jumaat – Ahad) Tempat: Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu Penceramah: Rev. Fr. Hans Jeharut, Ibu Esther Kandou, dan Mike C Lolong Saluran Pendaftaran: https://bit.ly/daftarseminarshc atau imbas Kegiatan termasuk pengakuan, kounselling, dan penyembuahan. Kemasukan percuma! SAKRAMEN PERKAHWINAN Pengaturan perkahwinan Gereja di Katedral Hati Kudus hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 BULAN sebelum tarikh cadangan perkahwinan dengan paderi di Paroki ini Dokumen yang diperlukan boleh dilihat di www.shckk.org/sacraments/marriage/ KOLEKSI KE 3 BAGI TABUNG BANGUNAN GEREJA ST. PAUL Tarikh: 2 hb & 3 hb September 2023 SUMBANGAN PAROKI (26 HB & 27 HB OGOS 2023) Hitam RM 15,143.25 Merah RM 12,117.70